Selasa, 26 Ogos 2014

Muka Berseri Bak Cahaya Purnama....


Semua orang terutama golongan hawa mengimpikan kulit wajah yang putih mulus dan berseri-seri lagi bercahaya. Yang gila tahap kronik atau bahasa sedapnyer ektrem sanggup la berhabis duit dan tenaga mendapatkan rawatan kecantikan. Sudah tidak kisah halal haram,sakit ke tidak kaedah rawatan asalkan hasilnya tip top. Muka bercahaya dan mulus macam gambar yang diambil dari camera 360 tuh.

Golongan yang sederhana atau yang tradisional sangat mula la keluarkan dan amalkan segala petua nenek moyang serantau. Segala herba ditelan dengan niat nak wajah bercahaya dan mulus. Yang pahit pon sudah menjadi manis demi mendapatkan kulit wajah yang diinginkan. Hebat sungguh, betapa pentingnya kecantikan kepada golongan hawa....

Golongan yang lagi sederhana tahap gaban pulak hanya la amalkan mencuci muka sahaja. Nak lagi berkesan rajinlah ambil wudhuk katanya. Dengan wudhuk kan wajah kita akan berseri dan kelihatan mulus....

Segala usaha tu semua betul pada aku tak ada yang pelik. Nak cantik pada aku mudah sahaja. G spa la telan herba la mahupun air wudhuk....semua tu memang akan memberi kesan kepada wajah bercahaya berseri dan mulus. Tapi yang menjadi kemusykilan dihati aku adalah golongan-golongan yang ingin oerasan cantik ini tidak pernah terfikir untuk memuluskan hati mereka. Jika hati kita hitam melampaui hitamnya bontot kuali itu tidak ada kesan juga wajah mulus bak bidadari. Orang tetap akan mengata dan mendoakan yang jahanam sahaja.

Hati adalah center point dalam diri kita. Bersih hati akan terpancarlah seri di wajah anda walaupun tidak semulus camera 360 mengedit...Tidak perlu taksub dan bermegah dengan kecantikan luaran yang hanya dinilai hanya seketika sahaja. Usahalah untuk muluskan hati dan juga wajah serentak baru la mantap dan cun giler....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan