Isnin, 18 Ogos 2014

K1sah akue...

Aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang. Alhamdulillah, mak dan abah berjaya mendidik aku menjadi insan yang berdikari dalam kehidupan sendiri dengan guidance dari keluarga dan Allah swt. Walaupun aku membawa diri luar dari negeri kelahiran aku untuk bekerja, aku mampu masih menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. Didikan agama mak dan abah selama ini mampu menjaga aku dari mudah hanyut dengan arus budaya sosial.

Abah telah pergi tinggalkan aku dan keluarga untuk selamanya sudah hampir 5 tahun. Sungguh aku masih lagi terasa dengan kehilangan abah yang aku rapat. Hilang tempat mengadu dan tempat aku luah dan berkongsi cerita. Hilang juga gelak tawa aku yang selalu bergurau senda dengan abah. Kehilangan abah memang buat aku terduduk dan setelah hampir lima tahun baru kini aku rasa aku kuat dan boleh terima kenyataan. Ini mungkin kerana aku sudah ada suami yang aku anggap sebagai penganti untuk aku luah bicara dan gelak ketawa bersama. Merasa kehilangan insan yang kita sayang adalah suatu perkara yang amat pedih dan merubah jiwa aku yang dulunya keras dan suka memberontak menjadi halus dan amat sensitif.

Perkara yang dulunya aku rasa tidak relevan untuk aku tangiskan kini menjadi mudah untuk air mata aku mengalir. Bukan tahap sensitif biasa. Aku juga mudah sentap. Tangisan sudah menjadi terapi untuk kelegaan dan ketenangan hati aku.

Kehidupan aku juga tidak mudah namun aku sentiasa mengucap syukur kerana walaupun lambat aku tetap mendapat yang terbaik. Sedari dulu lagi aku sedar yang langkah aku pasti keterbelakang dari langkah teman-teman seperjuangan aku. Dari segi mendapat pekerjaan setelah tamat belajar, rezeki jodoh dan juga rezeki mendapatkan cahaya mata. Kadangkala terdetik juga hati aku kenapa aku selalu lambat dari mereka namun aku sedar siapalah aku yang ingin menolak ketentuan takdir. Walaupun lambat aku bersyukur dapat pekerjaan yang aku rasa tidak membebankan aku untuk sentiasa memerah otak dan keringat dengan gaji yang aku rasa sama level dengan teman-teman aku yang menggunakan sepenuh tenaga dan komitmen yang tinggi. Aku juga mendapat jodoh dengan suami yang sangat penyayang dan sangat berfikiran kehadapan. Walaupun lambat aku dapat suami yang aku inginkan. Kini setelah setahun setengah berkahwin aku tidak henti-henti berdoa agar aku dikurniakan cahaya mata yang dapat melengkapkan lagi kehidupan aku.

Perlahan-lahan, aku mula mengerti kehipan kita ini adalah satu perjuangan. Usah mudah berputus asa dalam mencapai kejayaan dalam perjuangan. Cepat atau lambat kita meraih kejayaan adalah berdasarkan usaha dan keizinan Allah swt. Usah khuatir dengan takdir perjuangan kita kerana Allah swt itu Maha Adil dan Bijaksana. Berserah diri padaNya adalah jalan yang terbaik disamping usaha dengan semangat tidak berputus asa. Perjalanan perjuangan aku masih jauh. Moga aku tidak terhenti dan terduduk berputus asa andai aku diuji dalam perjuangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan